twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday 22 June 2013

ADAB BELAJAR

ADAB MENUNTUT ILMU

Menimba ilmu amat diutamakan dalam kehidupan seseorang muslim. Keutamaan menuntut ilmu dalam Islam adalah lebih utama dari sembahyang sunat.

Antara adab belajar:
  • Menghormati guru
  • Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan mengikut jantina yang dibenarkan oleh syara'.
  • Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  • Jangan menyangkal kata-kata guru.
  • Jangan mengumpat pelajar lain.
  • Duduk dengan sopan.
  • Memberi tumpuan kepada pengajaran guru.
  • Menunjukkan minat ketika belajar
  • Sabar ketika belajar
  • Menyiapkan kerja-kerja sekolah
  • Tidak membuat bising dan menganggu rakan-rakan.
  • Membaca doa
"Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat dan kurniakanlah kepadaku kefahaman yang luas"
  • Membaca doa selesai belajar
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon ilmu kepada Engkau apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku. Maka kembalikanlah kepadaku ketika aku memerlukan"

semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat memberikan kita kebaikan di dunia dan akhirat


MOTIVASI

Mendengar muzik ketika belajar

RASA bosan ketika mengulang kaji merupakan satu keadaan yang sering dialami oleh murid. Keadaan menjadi lebih buruk jika topik yang hendak diulang kaji itu mempunyai jumlah muka surat yang banyak serta mengambil masa yang panjang untuk dibaca.
Mungkin ramai di antara murid yang akan mengatakan seseorang itu perlu menggunakan pelbagai strategi belajar seperti mencatat nota, melakar peta minda dan lain-lain untuk mengelak kebosanan. Cadangan ini memangnya baik!
Walau bagaimanapun terdapat cara lain untuk mengatasinya yang dikenali sebagai gaya belajar (learning styles). Gaya belajar mempunyai pelbagai maksud di antaranya ialah situasi yang melibatkan pergerakan serta amalan yang dilakukan ketika belajar seperti mendengar muzik, bergerak dari satu sudut ke satu sudut yang lain ataupun belajar bersama anggota kumpulan.
Di zaman yang canggih ini muzik dapat didengar melalui pelbagai perkakasan termasuklah di telefon bimbit. Ada orang suka mendengar muzik ketika belajar tanpa menganggu apa yang dipelajarinya. Sebaliknya ada pula yang tidak selesa mendengar muzik ketika sedang mengulang kaji malah ia mejadi satu gangguan baginya.
Jika anda tergolong pada golongan yang pertama iaitu suka mendengar muzik ketika belajar, maka panduan berikut mampu menjadi amalan agar tidak menjejas penumpuan anda terhadap kerja yang dilakukan.
• Kekuatan bunyi: Pastikan kekuatan bunyi berada di tahap yang minimum. Sebagai contoh jika lagu itu mempunyai lirik, pastikan ia tidak mudah didengar dengan jelas. Lirik yang jelas mengganggu penumpuan kerja. Adalah lebih baik jika dimainkan lagu-lagu instrumental (tanpa nyanyian) yang mempunyai irama perlahan tetapi ceria.
• Lokasi: Perkakasan perlu berada di lokasi yang agak jauh dari meja tulis. Jangan gunakan alat dengar di telinga (ear phone) untuk mendengar musik dari pemain MP3 ataupun telefon bimbit. Perkara ini perlu dielakkan kerana pendengaran yang terlalu kuat akan mengganggu minda kita untuk berfikir. Ia juga boleh menjejaskan kesihatan kita.
• Jenis tugas: Muzik sesuai didendangkan ketika jenis tugas yang sedang dilaksanakan tidak melibatkan daya berfikir aras tinggi. Sebagai contoh elakkan daripada mendengar musik ketika anda sedang menghafal atau sedang berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam pelajaran matematik. Adalah lebih sesuai jika muzik itu didengar ketika anda sedang membuat bacaan ringan, mencatat nota, melakar peta minda atau mana-mana tugasan yang tidak melibatkan penggunaan daya fikiran yang banyak.
Mendengar muzik boleh dilakukan ketika belajar mengikut syarat di atas kerana ia mampu mengurangkan rasa bosan ketika belajar asalkan anda selesa dengan keadaan ini.

Sumber: Dr Ismail Zain, Mendengar muzik ketika belajar

Monday 17 June 2013

PENGENALAN

KEMAHIRAN HIDP BERSEPADU  


Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan. Berikut adalah penerangan mengenai organisasi kandungan untuk Tingkatan I.

Bahagian Teras Bahagian teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi yang wajib dipelajari oleh semua murid.

Bahagian Pilihan Murid memilih salah satu daripada empat bidang pembelajaran dalam Bahagian Pilihan. Pilihan murid kekal dari Tingkatan I hingga Tingkatan III. 



PILIHAN 1 Bidang Kemahiran Teknikal merangkumi unit pembelajaran yang membolehkan murid mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam elektrik dan asas elektromekanikal. 

PILIHAN 2 Bidang Ekonomi Rumah Tangga membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran tentang makanan dan pengendalian makanan, masakan, pakaian dan jahitan. 

PILIHAN 3 Bidang Pertanian memberi peluang kepada murid mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam pembinaan kompos dan penanaman sayur-sayuran. 

PILIHAN 4 Bidang Perdagangan dan Keusahawanan menyediakan murid-murid dengan pengetahuan serta amalan perniagaan yang merangkumi langkah-langkah penubuhan dan pengendalian perniagaan serta pengenalan kepada bidang-bidang pengeluaran yang telah sedia wujud.